Thursday, September 6, 2012

Ini Perihal Pengorbanan


Assalamualaikum :)

Niat dihati nak update report akhir sikit before tidur but I end up here write something beneficial to me and all of you. But of course especially for me because it happened to me :')

Okay aku malas nak putar belit ayat so kita cerita secara terus terang lagi bersuluh lah okay.  Ini cerita sem lepas masa aku semester 3 dan buat pertama kalinya kelas ada buat event nak pergi Istana Budaya nak tengok teater muzikal Gerimis Mengundang yang Kamal Adli dengan Mikha Tambayong pelakon Nada Nada Cinta tu. Nada Cinta tu cerita favorite mak, entah bila nak habis pun taktau. Setia betul mak tiap tiap hari 6.30 duduk depan tv. *sigh* Nak dijadikan cerita aku call mak cakap nak balik rumah minggu tu sebab nak amik baju untuk pergi teater. Kalau kat Melaka memang takkan nampak aku pakai baju cantik cantik sebab kebanyakan baju aku bawa tshirt je teheee :P

Mak menentang sekeras-kerasnya disokong rakan seperjuangan iaitu abah tak bagi aku balik kl minggu tu. Pujuk punya pujuk tak jalan jugak last last aku malas nak cakap dah, bagi salam dan letak.*merajuk* Banyak kali abah call daripada tengah hari sampai petang. Malas jawab dan masih merajuk. Keras macam batu jugak kepala aku ni haha. Nak dekat Maghrib masa tengah mandi pun still dengar orang call. Macam mana nak jawab dah ada dalam toilet haha. Lepas Maghrib macam tu lepas dah solat semua duduk sorang-sorang depan tv mengenang nasib baju apa nak pakai pergi IB nanti. Tetibe ada orang gegar gate rumah dan bagi salam. Aku mati-mati ingat makcik sewa rumah datang kutip hutang, dengan cargasnya aku panggil Bihah merangkap housemates aku kerana selalu memang Bihah yang settle hal sewa dengan tuan rumah.

Bihah pun keluar dengan kepala berbalut macam banggali roti sebab rambut basah haha (sorry Bihah). Jenguk tingkap dan orang tu tanya "amalina ada?" Dari gaya cakap dan suara macam dah biasa dengar dekat rumah. MAK ABAH DATANG DARIPADA KL WEYY! *nangis* Mak dengan abah datang semata-mata nak hantar baju, kasut dan ada sedikit makanan kat anak dia ni. Boleh bayang macam mana perasaan aku waktu tu? Macam-macam perasaan ada tapi perasaan paling kuat adalah sedih nangis sedih nangis. Aku rasa aku dah menyusahkan mak abah pada waktu tu. Aku cepat cepat masuk bilik carik tudung sambil nangis sobsss :'( 5 minit keluar lap air mata buat buat happy yeayy mak abah datang! Salam, cium, pergi makan, beli barang keperluan sikit dan mak abah balik semula ke kl pada pukul 10 malam. Aku ulang, 10 malam hokay adik abang akak! Nak dekat pukul 1 pagi aku call tanya mak abah dah sampai rumah ke belum lololo :')



They are king of my heart. I love them for the rest of my life.

Aku taktau sama ada aku boleh balas ke tak jasa mak abah walaupun kalau aku dah bekerja satu hari nanti. Bila duduk jauh daripada keluarga buat aku tersedar betapa susahnya mak abah nak besarkan ktorang, nak cari rezeki bukan senang bai. Apa yang cuba aku sampaikan ni? It's about sacrifices. Pengorbanan ibu bapa yang tiada tolak bandingnya. Sekarang ni memang tak dapat nak balas jasa mak abah lagi, tapi cukup la kalau mendoakan kedua mereka. Korang pun jangan lupa doakan ibu bapa korang lepas solat tau. Kalau boleh tiap-tiap hari salam peluk cium diorang teheee :')


Doa untuk kedua ibu bapa :')


2 comments:

fizah said...

Wah...touchingnyer cerita tu... Well...just take care of yourself sweetie....

ell razie said...

nice,ceri yg bermotivasi..boleh share..