Assalamualaikum!
Mood before sign in blogger.com adalah mood Muara Hati yang tengah hot sekarang ni. Dah sign in terus tukar lagu Francisca Peter sebab nak ambik mood tulis entry. Kemain klasik nasional sungguh aku ni. Terpengaruh dengan abah la ni hehe :P
Back to the topic, hari tu lepas solat tetibe aku teringat cerita zaman aku dengan abang aku masa kecik kecik dulu. Abang yang aku maksudkan adalah along aku merangkap abang pertama aku. Dan dia juga seorang yang 'gila' dan dia jugalah yang nak kahwin November ini dan dia jugalah seperti endah tak endah je about preparation for his upcoming wedding. Bangkit aku pulak yang beria-ia macam aku pulak nak kahwin. Adakah lelaki memang sebegini? *sigh*
Apa yang aku nak cerita ni masa kejadiannya dah lama dan tempat kejadiannya adalah dirumah aku sendiri. Masa tu aku nak solat maghrib dan selesai ambil wudhu'...
along: Cakap sesuatu dengan aku sambil nak pukul aku.
aku: Eh jangan pegang jangan pegang nanti air smayang aku batal. ( sambil angkat tangan seperti pencuri yang tak bersalah) ada ke pencuri tak salah? wakaka
along: Muka pelik lantas terus menolak kepala aku dan berkata, " kepala hotak kau kalau aku pegang air smayang boleh batal. Ustazah mana ajar kau ni."
aku: *tak lepaskan peluang untuk membalas semula perbuatan itu kerana perbuatan sebegitu harus dibalas sebegitu juga wakaka kejamnyewww titeww sambil berkata * Eh yeke tak batal? *berlalu pergi dan terus menunaikan solat maghrib* MALUUUUUUUUU TITEWWWWW TAWWWWW(kedepankan mulut untuk menyebutnya ye!)
Demikian saja bedtime story untuk korang semua malam ni. Gahhhhhh esok hari selasa, esok kerjaaaaaaa. *baling bantal* Adik-adik yang bersekolah jangan lupa tengok jadual untuk hari selasa. Jangan tersalah tengok hari isnin punya pulak. Kantoi aku pernah buat kennsss! kahkahkah
P/s: Sesiapa yang ada account twitter dan nak tahu, nak belajar pasal Islam boleh follow Dyra Hadi. Her tweets are really inspired me and trust me, you won't regret =')
No comments:
Post a Comment