Saturday, August 4, 2012

Resepi : Sotong Goreng Tepung


Assalamualaikum!


hello people. how's Ramadhan treating you so far? mine Alhamdulillah :') ini adalah entry yang mahu memberi resepi kepada anda. tak percaya? percayalah ini entry resepi. jarang kot I buat entry resepi macam ni berkurun dulu memang ada tu pun macam emm..okay okay dah. bukan apa bila dah berada dirumah lagi lagi bulan Ramadhan ni kemain ghajin pulak nak mencuba resepi yang ada kat internet ni kan tapi yang simple simple jelah. I belum jadi masterchef lagi tehee :P

resepi yang I nak kongsi dengan awak semua adalah sotong goreng tepung. sounds easy right? yupp memang senang. tapi mula mula I buat tak jadi *malu*. jadi macam cekodok sotong pun ada sebab I pergi bancuh tepung tu dengan air so jadilah cekodok. sedih tahap gaban sebab tak sama macam dalam gambar kat internet wuhuu. next two day cuba buat lagi sekali dimana I terfikir sotong dicelup dengan telur before masukkan kedalam tepung dan terus goreng. mengapa perlu bancuh tepung dengan air pulak kan? okay I telah salah disitu. cuba buat lagi dan tidak mencampurkan tepung dengan air dan hasilnyaa? yihaaa macam dekat kedai uoolsss ^__^


the result :')
 tak terliur? tau lah dah kenyang makan bukak puasa tadi. *jeling*


Ingredients:

sotong- ikut suka nak banyak mana and I prefer sotong yang besar besar.
tepung gandum - 1 cawan (utk hidangan ini)
tepung jagung - 2 sudu besar (utk hidangan ini)
2 biji telur (dipukul)
lada sulah - 1 sudu kecil
1 biji limau kasturi ( jus sahaja) 
garam secukup rasa

*satukan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah dan garam.
*kalau taknak guna tepung gandum boleh pakai tepung beras juga.


Cara-cara:


1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi beberapa minit.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung,lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Makan panas panas sambil tengok Karoot Komedia cun jugak wakaka


senang bukan? jangan buat salah macam yang I buat kerana resepi sangat la senang. *malu lagi* ohh ye sotong kalau digoreng memang meletup letup tak hengat dunia. sila berhati hati ketika didapur okay. I dapat resepi ni dpd blog akak Haslina Harun. macehh kak :') ini adalah perkongsian bersama. jangan la pandang rendah dekat I sebab share resepi yang sesenang ini. ini adalah tahap pencapaian diri I and iolss berbangga hoho :P SELAMAT MENCUBA! :D



p/s: dalam entry ini I gunakan "I" sebagai ganti diri instead of "aku". bukan nak gedik atau mengada tapi lebih proper. "I" tu kan maksudnya "saya" :')



Terima Kasih Sudi Baca :)

2 comments:

Juf said...

kbtulan aku tgh cari resipi sotong goreng tepung jmp plk kt blog ni haha tq share..bole le try

Anonymous said...

Ok..sy try..thanks share resepi nhh..