Assalamualaikum.
Memandangkan aku sekarang tengah cuti semester yang baru bermula 2 May lepas (ciss dah lama cuti baru nak update blog kau kan? hehe) memang aku takde kerja sangat kat rumah ni. Eh bukan takde kerja sangat, memang takde kerja langsung haha. Bila kat poli rindu gila kat rumah, bila cuti lama eh rindu pulak suasana belajar. Lumrah manusia memang gitu kan? Bila cuti lama ni baru la ghajin nak usha itu usha ini. Kat poli serious tak sempat beb. Nak on laptop pun kadang-kadang tak sempat (sebenarnya malas hihi). Usha twitter pun kat bb cabuk tu je hehe. Siapa ada twitter? Let's tweet! :D
Haaa bila bercakap pasal anak buah memang aku takde pengalaman sangat la kan nak kendalikan budak-budak ni apetah lagi nak layan kerenah budak-budak. Setakat layan kejap-kejap je boleh tapi kalau lama-lama kite memang takde pengalaman sobss. Tapi kalau suruh aku layan baby 24 jam memang aku sanggup sebab baby wangii gila kalah perfume britney spears hehe..
Pejam celik dah 7 bulan lebih along mendirikan rumah tangga. Sekarang kakak ipar aku mengandung 6 bulan. Apa orang tua-tua cakap bunting pelamin gituuu hehe. Apa perasaan bila dapat tau kakak ipar mengandung? Kau gila ke tak suka. Mestilah aku eksaited sebab tak lama lagi nak jadi auntie (taknak makcik tau demand kau nokk haha) Apa perasaan bila pergi jalan and nampak baju-baju baby? Aku rasa macam nak beli semua baju baby time tu jugak tapi suruh abah bayar hahaha. Pernah masa kat johor ada ternampak blanket untuk baby, kain dia lembut gila kalau tidur confirm lena nak mampos. Terus aku suruh mak beli tapi mak tak layan wuwu. Mak cakap tak elok beli awal-awal sebab baru lagi. Apa taknya masa tu baru 4/5 bulan macam tu haha aku pulak yang eksaited. Baiklah baiklah saya bersabar :')
Sekarang kandungan dah masuk 6 bulan. Kakak ipar ni orangnya kecik-kecik cili padi je. Tinggi lebih kurang aku tapi aku tak sekecik dia la hahaha. 6 bulan pun nampak macam dah tak larat apetah lagi masuk 7,8 bulan nanti. Agaknya aku mengandung pun macam tu jugak ye nanti hehe :') InshaAllah due date bulan August bape hari lepas raya macam tu la. Doakan la semoga segalanya berjalan lancar! Amin :)
Hamboii awal-awal dah tunjuk tapak kaki kat auntie (gituu) ye hehe. Kak eza memang rajin whatsapp aku gambar baby lepas dia balik check up. Lepas dapat gambar aku pulak terkinja-kinja tunjuk kat mak huahuahua :P
2 comments:
wahhh ! ni scan digital ke ? boleh nampak jelas kaki baby tuu
Best kot bila ada ank buah ni...huhu
Post a Comment