Assalamualaikum!
Lama sungguh rasanya tak singgah jejakkan beberapa entry dekat blog picisan kesayangan aku ni. Eh ada juga yang sudi follow blog ni walaupun entry entah hape hape dan kadang-kadang tu takda motif langsung. Macehhh sapa yang sudi follow =')
Last 2 weeks aku dengan my bestie forever and ever pergi ke klcc setelah berkurun tak jejakkan kaki kesana katanyaa la kan. Pergi pun sebab nak beli beauty products memandangkan my bestie forever and ever ni nak masuk belaja dekat MMU tu haa. Kerana bestie forever and ever, kuturutkan jua kehendaknya dengan menemani dia ke klcc walau apa pun rintangan mendatang ececehh sweet pulak aku ni :P Ktorang pergi naik lrt untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas tapi bila dah naik lrt dalam lrt pun boleh jadi sesak nafas. Nasib kau la pergi weekend sapa suruh hukhuk.
Dah settled bab beauty products, nak settlekan hal perut pulak. Dah tengah hari tak makan apa lagi for sure perut bergendang gendut tali kecapi. Pergi mana-mana restaurant semua penuh. Lastly, ktorang decided makan dekat Secret Recipe je memandangkan SR tak berapa ramai orang sangat. Macam yang korang semua tau kerusi-kerusi dekat SR klcc sangat dekat-dekat susunannya. Jadi yang ada masa ktorang sampai tu cuma untuk 2 person tapi bersebelahan dengan meja lelaki yang untuk 2 person punya jugak. Kau gila nak makan sebelah menyebelah tatap mentatapi lelaki tak dikenali? No way man. Luckily, masa ktorang sampai ada 2 chinese girls baru habis makan and seat mereka itu untuk 4 person. Ktorang duduk tempat chinese girl tadi tu dan semua pelayan buat endah tak endah dengan kami. Sabar. Tiba-tiba masa tengah pilih-pilih makanan datang la seorang waitress dan berkata begini :
Waitress: Excuse me, boleh tak pindah duduk meja ni. (merujuk kepada meja 2 person yang bersebelahan dengan meja lelaki tadi)
Bestie: Hah? Err taknak la tak selesa la sebab sebelah lelaki. (sambil senyum)
Waitress: Okay kalau tak selesa boleh pindah belakang ada kosong untuk 2 orang. (merujuk kepada seat untuk 2 person bersebelahan dengan lelaki juga)
Kami berdua pandang kebelakang dan lihat seat tu sebelah lelaki. Dengan pantas saya buat muka kepada bestie tanda taknak pindah.
Bestie: Err taknak la nak duduk sini ni.
Waitress: Tapi saya nak bagi 4 orang customer duduk sini. Kesian dorang duduk meja tu sempit. Timbang rasa la sikit. (merujuk kepada sekumpulan 4 orang chinese yang duduk dimeja yang cukup untukk 4 orang tetapi sempit sedikit)
Tiba-tiba one of the chinese said "it's okay it's okay it's okay" sambil mengangkat tangan. Waitress itu pun terus berlalu ke kaunter dan sambung buat kerjanya.
Masa tu bestie haku dah berangin tahap gunung berapi nak meletus. Aku yang buat buat cool cuba mententeramkan bestie aku. Api tak boleh dilawan dengan api. Makanya aku cuba belajar erti sabar pada waktu tu. Pehh terasa diri hebaq dapat kawal rasa marah walaupun diri ini seorang yang suka marah =') Kami berlalu dari SR dan makan Pizza Hut kerana selera nak makan spaghetti dah lenyap serta merta ececehh bajet emo letteww. Tau la muka kami ala ala innocent tapi jangan la cenggini bagi ktorang duduk sebelah lelaki, nak melantak banyak-banyak mesti malu, nak nganga mulut besau besau mesti malu jugak hiksss. Moral of the story is, kawal rasa marah =')
till then,
P/s: Alamak esok isnin! Daily report dah 3 minggu tak update ishh apa nak jadi. Bye!
1 comment:
salam ziarah :-)
Post a Comment