Assalamualaikum! hello bloggers out there :)
korang sihat hari ni? aku sihat Alhamdulillah masih bernafas and sekarang aku sedang bersenang lenang dekat ghumahku duniaku. ewahhh :P okay aku baru je habis final exam rabu lepas and hari khamis tu jugak la aku balik kL. aku ni memang dah terkenal sangat dalam kalangan kawan kawan antara orang yang paling TERawal balik kalau musim musim cuti. bukan musim cuti je, cuti hujung minggu pon macam tu jugak. hari khamis after kelas Law aku dah cabut balik KL. advanced kan aku? teheee :'P
okay since final exam pun dah habis. meh nak ceghite sikit pengalaman hari hari aku before exam. ewahh cite macam 1st time je nak amek exam kan. tidak tidak! kali ni memang super lain bagi aku sebab aku exam 3 hari berturut turut. direct paper beb. first paper was Macroeconomics. membaca 80%, calculation 20% je. 2nd paper was Financial Accounting and Commercial Law. 2 killer paper in one day. Ya Allah serious aku dah macam orang gila nak hafal debit credit, akta akta, kes kes semua sampai ada orang yang kecik hati dengan aku sebab aku tak layan text die. huuu so sorry :') yang pasti utk commercial law sem ni takde keluar soalan case. WOW terkezut makk! lepas habis jawab je terus jumpa lect and lect kata takde soalan case. teheee. 3rd paper was Business Mathematics. so far semua okay but tak expect nak dapat tinggi pun sebab bagi aku sem ni sangat tough. rasa nak menangis pun ada. kalau dah lulus pun kira Alhamdulillah and kalau dapat lagi baik lagi la bersyukur :)
okay act nak cite semalam aku baru je habis tengok cerita Thailand A Crazy Little Thing Called Love or lebih dikenali sebagai First Love. act aku dah tengok setengah cerita ni before exam. haha. kawan cakap cerita ni best and yang paling best sebab hero die handsome. wakaka gatal :P yeah semalam dah selamat khatam cerita ni and seriously awesome! sweet sangat sangat cerita ni. sampai meleleh leleh air mata aku nengok sebab menjiwai gila tengok dalam gelap. haha.
biar aku cerita serba sedikit kat korang pasal cerita ni and boleh hasut korang utk tengok jugak. muahaha. okay hero dalam cerita ni nama die P'Shone (Mario Maurer) and heroin dalam cerita ni nama die Nam (Pimchanok Lerwisetpibol). P'Shone ni boleh dikatan HotSetap kat skola dorang and Nam ni antar secret admire P'Shone ni sampai die sanggup buat apa je utk tarik perhation P'Shone ni like masuk pertandingan teater, tukar image, belajar utk jadi lebih pandai etc. even Nam ni dah buat macam macam utk tarik perhatian P'Shone, tapi P'Shone ni tetap tak suka Nam ni. (katenyewww~) sampai satu hari tu Nam ambik keputusan nak bagitau P'Shone perasaan sebenar die. and guess what will happen? korang boleh tengok sendiri. tak syokk kalau aku je cerita kat sini. tehee :)
cerita ni baru lagi around Ogos 2010. duration die tak sampai 3, 4 jam macam cerita hidustan. dalam 2 jam lebih dah boleh nangis tauuu. haha.
so ada sape sape yang dah pernah tengok cerita ni? :)
selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti termasuk la diri ni. hihihi ;P and TAHNIAH MALAYSIA sebab dapat pergi final. lebyuuumuamuamuahh! haha
boboiiiii~
No comments:
Post a Comment