Assalamualaikum!
hari ni aku nak cerita pasal drama Nora Elena yang ditayangkan di tv3 dalam slot Akasia. jujur aku cakap, aku tak follow pun cerita ni. dulu aku memang rajin ikut je drama drama dari slot Akasia ni. macam cerita SpaQ, Bella, Ezora, Na O Mei, Adam Maya etc. since aku duduk Melaka and banyak masa aku dekat sana, memang aku dah tak follow drama drama kat tv ni. bukan dekat hostel takde tv, kalau bilik aku tingkat 2, bilik tv kat tingkat bawah sekali. rajin pulak aku nak turun semata mata nak tengok tv? baik aku buat assingment. cecehh. hahaha.
lately aku perasan ramai kawan kawan dekat facebook update status pasal cerita Nora Elena ni. dekat Twitter pun sama penuh Timeline tu pasal Nora Elena. yang aku ni macam loser gila dok tanya diri sendiri 'siapa Nora Elena?' kau tengok betapa losernya aku kannn. so tadi aku sempat guna khidmat pakcik Google semata mata nak carik information pasal Nora Elena ni. gigih kan aku? loser la katakan. kahkahkah :P apa yang aku tau before aku Google, memang cerita tu diadaptasi dari sebuah novel. novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha, keluaran Karangkraf(Alaf 21). and apa yang korang patut tau, aku yang peminat setia novel ni pun tak baca lagi novel Kasih Yang Suci itu. loser lagi kan? yess i am! -.-
*pic by google*
ni la novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha tu. act dulu aku dah set dalam mind aku, apa apa cerita yang diadaptasi, mesti baca novel lagi best sebab lagi feel orang kata. tapi sejak cerita Lagenda Budak Setan yang diadaptasi dari novel meletup letup kat pawagam, slow slow aku kikis apa yang aku dah set dalam mind. macam cerita Nora Elena ni jugak. dari apa yang aku tengok, cerita ni macam ramai gila follower. sentap jugak la aku bila tengok status status budak budak fb pasal Nora Elena ni. nama dah la sedap. apatah lagi cerita. kan? aku kalau nak tengok kat tv jangan harap la sebab mak memang conquer habis. mak kan peminat setia cerita cerita indon ni. waktu cerita ni clash dengan Cinta Melody kat astro :( so aku terpaksa carik alternatif lain semata mata nak tengok cerita ni. and dengan gigih semangatnya aku pergi godek website tv3 semata mata nak tgk cerita ni. tapi kena register dulu. aku register then log in. email tak verify. aku bukak yahoo konon nak verify, haram takde pon? bengang aku bai dah 3 kali aku try. last last aku tengok dekat Youtube je. kat Youtube leceh sket sebab 1 episode ada banyak part. huwargghh bila nak habis tengok! takpe takpe sabar amalina. -.-
*pic by google*
aku suka wallpaper die. cantik! :) now aku baru habis tengok episode 1. berpeluh ketiak nak lepas banyak part kat Youtube. -..- and apa yang aku boleh cakap, cerita die besttt. lepas ni aku nak continue episode 2,3,4.....korang takyah la gelak kalau aku cakap macam tu. kesian aku ni baru nak up. haha. drama Nora Elena korang boleh tengok dekat tv3, hari isnin-khamis pukul 7-8 malam. drama ni dilakonkan Siti Saleha (Nora Elena), Aaron Aziz ( Seth Tan ), Zul Ariffin ( Eid ), Erry Putra, Wan sharmila, dan ramai lagi. (cara aku cakap macam aku dah khatam je cerita ni kan? padehal baru lepas episode 1. haha :P )
sinopsis Nora Elena:
"Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa. saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti."
korang follow cerita ni? take care people! :D babaiii~
p/s: terus aku rasa macam nak pergi MPH nak beli novel tu.
2 comments:
sbb dh bace novel 2 jdk teruja nk tgok..
hehe..
tgok kat tonton je..
=)
kite dah register tapi x boleh nak verify la wak :(
Post a Comment