Hye! Assalamualaikum.
sedar tak sedar dah 2 bulan lebih aku cuti. start daripada 21 April sampai la 8 July. lama kan? budak budak poli memang mewah dengan cuti sem. best la jugak dapat santai santai, manja manja dengan family dekat rumah. and yang tak berapa bestnye, lambat la nak habis belajar hoy. haha. 8 July ni balik Melaka and tinggalkan rumah, tinggalkan mak abah, tinggalkan semuanya kat kL. wuwu tetibe rasa sedih pulak. macam macam kenangan sem1 dulu. tipu kalau kata semua kenangan manis kan. kenangan pahit mesti ada. mesti ada terasa dengan membe membe even tak diluahkan. ececehh.
Alhamdulillah sem2 nanti aku duduk kamsis. takde la bebankan mak abah sangat plus takde la risaukan mak abah sangat. mula mula before tau dapat duduk kamsis, macam macam dok nasihat aku jangan buat bukan bukan bila duduk luar. jangan dok gedik gedik layan jantan sana sini. nak belajar buat cara belajar. banyak kali jugak abah cakap benda tu. ye aku tau mak abah risau sangat kalau aku duduk rumah sewa sebab mereka tau anak mereka ni manja. wuhuahuahua takde kena mengena kot :P
tadi bukak folder 'pmm' then nampak gambar masa explorace. explorace ni jabatan kami yang anjurkan. semput jugak aku keliling poli. baru aku sedar poli aku besar jugak kalau jalan kaki. haha.
aku ngaku aku rindu 2 orang ni. and aku ngaku jugak bukan senang nak berkawan rapat 3 orang sebab bila aku rapat dengan sorang, sorang lagi terasa. and kalau aku lebih sikit dengan yang sorang lagi, sorang tu pulak terasa. macam tu jugak sebaliknya. apakan daya, kami 'ganjil'. kalau 4 orang better kot. siapa nak masuk geng kami? haha. tapi ktorang kawan dengan semua orang. bukan memilih kawan pon. lagi lagi aku ni, mula mula je malu malu biawak. hihihihi ;p
oh ye daftar diri nanti hari jumaat. rasa macam tak ready je nak balik. barang pun belum pack lagi. daftar online pun belum buat lagi, apa yang nak bawak untuk daftar pun tak siapkan lagi. semuanya belum lah. tahun ni first time aku puasa jauh dpd family. makan pun tak semewah kat rumah lah kot. sahur apetah lagi. makan apa adanya. tapi ramai kata puasa kat asrama best sebab dengan kawan kawan. yeah maybe betol. tapi mungkin jugak air mata ni kadang kadang gedik nak mengalir bila fikir family dekat rumah and kita puasa jauh dpd family. kan? tapi takpe carik pengalaman. hehe. sem2 nanti nak cuba naikkan pointer, insyaAllah. aku buat semua ni untuk mak abah. senang hati bila tengok mak abah happy :)
last but not least,
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment