Wednesday, June 1, 2011

cuti cuti Malaysia

Assalamualaikum

hari sabtu sampai hari isnin pergi JB. aku takde la teruja sangat pun nak pergi JB ni sebab bukan aku tak pernah pergi before ni. dah banyak kali dah. and JB pun tak banyak beza dengan kL. maybe aku teruja sket sebab dah lama tak pergi holiday, bersenang lenang dalam bilik hotel, duduk depan pool amek angin etc. i love holiday! :) act pergi JB nak melawat atok je and takde niat nak holiday tapi boleh consider as holiday jugak sebab pergi 3 hari 2 malam. hehe. 


lepas melawat atok, pergi City Square. apa yang aku boleh macam kat sana macam Sg. Wang jugak. hehe. lepas tu jalan kaki pergi makan, then pergi PC FAir. gambar kucing and rumah atas ni dapat masa pergi PC Fair kat JB convention centre sebelah hotel je. apa yang aku terkejut, PC Fair tu tak ramai macam kat kL. seriously terkejut gila. sebab selalunya PC Fair mesti padat dengan orang. tapi kat JB tak macam tu. maybe orang JB tak minat kot pergi PC Fair semua ni? huhu



malam tu ktorang makan dekat Restoran Selasih.


apa yang boleh aku cakap makanan kat restoran ni biasa biasa je. nothing special pun. tempat special, harga pun special jugak. haha.


mak dengan abah tercinta. abah aku dah macam polis dah. amoi kat pasar pun panggil abah aku polis. rumah aku pun dah colour balai polis. haha


chua yang tak habis habis dengan PSP.


ni la dinner ktorang malam tu. yang makan pun aku, kak ana and chua je. mak dgn abah tak makan sebab dah kenyang katanya~ biasa la orang dah berumur makan pun tak banyak. hee. dalam banyak banyak lauk, aku paling suka sotong goreng berempah. tu je yang bukak selera aku. yang lain semua lauk 'orang sakit' sebab tak cukup garam. janji konyang ye dak? 



abah captured this picture. lepas snap abah kata gambar ni okay. lepas aku tengok, gambar ni shaking. tapi takpe, i love it! :')


abah captured jugak :) ni gambar masa breakfast and ni last day dekat JB. masa nak balik ada orang yang jaga pintu kira pekerja hotel jugak la yang pakai baju melayu tu tanya kami ni skola form berapa? pakcik pakcik..kami dah habis skola la -.-

badan panas, kepala pening. i'm not feeling well. babaii!

No comments: