Sunday, May 15, 2011

saya memang mudah diserang selesema

Assalamualaikum!

aku mengantuk tapi aku taknak tidur. hidung aku gatal gila sebab flu. kepala aku dah start pening pening lalat sket sket. tadi dah makan ubat dari farmasi yang memang tak mengantuk langsung. kalau aku makan ubat dari klinik or hospital sah sah sekarang ni aku dah terbongkang atas katil sebab mengantuk. -__- kalau kat melaka pun aku makan ubat dari farmasi je sebab takut dalam kelas aku mengantuk. ubat farmasi elok jugak tauu! hehe

oh yee, cakap pasal selesema or aku prefer seseme (bukan seseme street), aku senang gila nak dapat flu. sumpah wa tak tipu lu. baru seminggu lepas masa hari ibu tu, masa tengah makan makan kfc sedap sedap tetibe hidung gatal gila nak mam! pastu hingus meleleh tetibe jugak. nasib tak jatuh kat ayam kfc haku. eeuww okay pengotor! hahaha. tapi memang betol. tetibe je flu and bersin banyak banyak kali. aku kalau bersin memang tak sah kalau tak lebih dpd tiga kali. and and mesti kuat gila aku bersin sampai jiran aku pun boleh dengar. teruknya perangai. -..- 


and sekarang, eh tak dari malam semalam lagi aku rasa hidung aku dah start macam gatal gatal macam ada yang buat geli geli dekat hidung aku yang kemek ni. urghh tension bhaii! rasa nak cabut hidung, bersihkan and sambungkan balik. boleh? haha. tadi memang dah start bersin bersin. aku kalau bersin mesti aku kira berapa kali aku bersin. pernah sekali, adik sedara aku tolong kirakan. how dare you! -.- ya Allah sumpah beb wa tak tahan dengan flu ni. masa solat pun hingus nak leleh leleh. lepak ah dulu aku nak solat kot. tensi tensi~


pastu tadi tetibe aku macam rajin pulak nak google apa punca or sebab mudah sangat aku dapat flu ni. adakah aku kekurangan vitamin? tak mungkin. terlebih adalah. ni yang aku sempat baca sebab aku malas nak baca lebih lebih sebab banyak nama nama virus dia bagi. aku ni dah la tak minat science and science dulu pun dapat c je. haha.


"Antara punca utama selesema ialah jangkitan rhinovirus. Namun, virus lain seperti coronavirus dan virus human parainfluenza. Sebenarnya ada lebih 200 jenis virus yang dikenal pasti boleh menyebabkan selesema dan kebanyakannya ada di keliling kita.
Oleh kerana terlalu banyak jenis virus boleh mengakibatkan selesema dan kemunculan jenis virus baru, badan kita tidak dapat membina pertahanan terhadap jangkitan. Ini sebabnya selesema menjadi penyakit paling lazim dan kerap berulang. Malah, virus ini boleh menjangkiti orang lain sebelum badan mangsa pertama sempat membunuhnya.

Dalam kebanyakan kes, jangkitan selesema berlaku dari satu individu ke individu lain iaitu apabila individu sihat bernafas dalam persekitaran dicemari virus selesema yang terbang ke udara melalui batuk atau bersin"

(sumber dpd pakcik google)

now baru aku tau ada 200 jenis virus and kebanyakannya kat sekeliling kita. hurmm~  mati mati aku ingat aku ni kekurangan vitamin dalam badan. memang tak la kan. hahaha. and lagi satu yang penting, virus paling mudah dijangkiti dalam persekitaran yang ramai or dalam erti kata lain padat. macam engkau pergi shopping sakan kat Sogo kalau ada sale tulah. pahei dok? hehe. 

and ada beberapa cara nak elakkan dari terkena virus ni. aku google jugak. thanks pakcik google and thanks kat aku jugak sebab rajin sangat pagi pagi ni nak search. hehe :P

  • minum banyak air at least 15 gelas sehari. 15 gelas? esoknya aku jadi gedempol. tapi memang bagus minum      air banyak banyak. hehe.
  • guna topeng muka kalau slalu terdedah dgn habuk. 
  • banyakkan minum jus and makan buah buahan yang banyak vitamin c. (LIKE! ada jugak pasal vitamin rupanya. hehehe)
  • kurangkan bercakap jika sudah terkena virus. (DON'T LIKE)
  • mendapat rehat secukupnya. (aku rasa sebab ni aku senang dpt flu. HAHA)


selebihnya korang boleh google sendiri sebab aku dah malas nak taip satu satu. haha. k nak pergi berehat secukupnya. tak cukup rehat la punca aku jadi camni. ecehh yelah tu. 

babaiiiii

No comments: