Assalamualaikum!
first skali aku nak cakap entry ni maybe entry yang panjang berjela. aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung jari tangan kau sebab kena scroll down je. hihihi :P now aku bosan gila sampai aku taktau nak buat apa dah. semalam pun bosan tu pasal aku dok godek godek photoshop and try buat header blog aku ni. skali nahh hambek kau besar gedabak dia bagi. err aku taktau la berapa ukuran untuk buat header blog and aku malas nak guna khidmat pakcik google semalam. so terima dengan hati yang ikhlas lagi tulus je header yang besar gedabak tu. anyone yang terror PS nak buatkan saya header? -_- hee. aku memang taktau guna PS ni, kalau setakat edit sikit sikit gambar tu tau la kot tapi takde la tahap professional macam kauuuu~ haha. tengok aku cut gambar tu, selekeh je kan? tapi apa apa pun penat aku buat semalam sambil makan maggi. so kau jangan nak kutuk kutuk. wahaha.
enough kutuk header aku, nak cerita pasal tudung. sekarang dah macam macam jenis tudung ada weyy. kalau dulu memang asyik asyik tudung bawal jelah kan. pastu keluar pulak selendang, pastu tudung Ariani, pastu tudung endon (budak2 laki panggil camtu), keluar plak pashmina,syria etc. banyak sangat sangat dah sekarang ni. aku pun sampai tak terikut trend tudung tudung terbaru. kadang kadang abah aku cakap heyy dah macam macam peshen dah tudung sekarang ni. dalam banyak banyak jenis tudung yang aku cakap tadi tu. aku prefer 3 jenis tudung je yang aku rasa sesuai dengan bentuk muka aku yang bulat macam donut ni. tudung tudung tu adalah (cehh ayat taknak kalah tauu..haha) tudung bawal, tudung endon yang macam budak lelaki selalu panggil tu and selendang.
bercakap pasal tudung bawal, memang tudung ni la yang paling banyak sekali kat rumah aku ni. macam macam colour ada tapi bentuk totap samo. kau jangan pandai pandai bentuk lain plak. hee. tudung ni banyak sebab nenek aku, mak aku and aku pun guna tudung ni. tapi biasanya aku akan guna warna hitam je. sometime merah ( kalau time tu aku tak sunburn. hehe) usually memang aku guna warna hitam sebab boleh match dengan baju apa apa pun. colour putih memang tak ngam dengan aku even orang kata putih tu kan suci. hee
lepas tudung bawal, mula pulak trend selendang. aku pun try beli and pakai selendang. macam biase aku akan beli colour hitam dulu. hee. tapi yang aku tak berapa berkenan selendang ni sebab dia kena lilit lilit. panas la hoyy. tapi kadang kadang korang akan rasa macam semart bila pakai selendang. kira nak kata up to date laa. hehe. tapi aku dengan selendang ni pun tak lama.
lepas tu cinta beralih arah pulak kat tudung endon. aku taktau la spesifik name dia apa tapi memang budak budak lelaki panggil tudung endon sebab sarung je. sonang hidup den. nampak bona pemaleh. HAHA. okay first time aku beli tudung ni aku beli colour hitam. macam biasa bro. lepas tu bila aku masuk belajar, aku rasa nanti mesti takde masa nak siap lama lama depan cermin. mana boleh pergi kelas lambat kan. kena la punctual. cehh. so aku decide beli tudung macam ni je. before masuk poli pun mak ada cakap 'baik kau pakai tudung macam ni je, tak payah selendang selendang. lambat!' and now memang aku dah banyak dah tudung endon. aku lagi prefer tudung ni dpd tudung Ariani sebab awning tudung Ariani tu pendek and tak tutup pipi aku yang gemok ni. aku beli tudung endon ni pon bukannye stok mahal mahal. pasar malam je derr. size s rm10. murah kan? takyah kau susah susah pergi mall. sah sah harga lebih dpd rm10. hee.
dulu masa aku mula mula pakai tudung endon ni aku ajak mak join advanture sekali. tapi mak taknak sebab tak sesuai dengan muka katanyaaaa~ tup tup hari tu ambek aku kat poli tetibe je pakai tudung endon. siap ada labuci lagi nyahhh~ bila aku tanya mak beli kat mana and berapa ringgit? beli kat carrefour rm10 je. see! tudung sekarang dah murah gila. aku kalau sampai kedai tudung memang macam nak jadi orang gila sket sebab rambang mata tengok tudung tudung cantik. haha. kalau aku jalan jalan kat pasar malam, tak kira la pasar malam kL ke melaka ke, mesti aku usha usha tudung. kalau awning best memang rembat la. apa kau ingat takde kelas ke pasar malam? hee. lagi satu aku suka gila shopping tudung dekat ada satu kedai dekat Dataran Pahlawan tu. murah murah! ada masa aku cerita k? :)
actually aku jealous tgk dengan membe membe yang kadang kadang pakai anak tudung syria dgn selendang. bukan apa, aku dah try tapi aku rasa macam tak sesuai dengan muka aku and panas sebab banyak banyak lapis. aku memang pernah beli syria and ada selendang, tapi kalau suruh aku pakai syria and selendang, sorry. haha. tapi kan, skang ni ada inner neck tau. inner neck ni macam tudung kecik yang korang pakai kat dalam. inner neck ni akan cover pipi korang and pipi aku yang besar ni. aku rasa macam nak try beli. still usha usha lagi blogshop mana yang jual inner neck yang best sebab aku jarang jumpa dekat luar. see! ada keinginan lagi kan nak pakai syria dgn selendang? hehe. lagi satu shawl crumple. shawl crumple ni yang hujung die ada gantung gantung tulahhh. comel kan? hee. tapi tetap tak jadi pilihan aku sebab shawl tu pendek. and shawl tu takde pun dalam collection aku. huu. and yang paling femes skang ni shawl or pashmina yg dipakai ala ala Hana Tajima. ooo she's beautiful :) tipu kalau kata aku tak pernah try kan hijab tutorial by hana tajima ni. tapi aku tak pernah try lagi style ni.takut takut pun ada sebab style ni x perlu pin banyak banyak. just guna jarum peniti. mau terbang tudung aku kalau angin kuat. haha. tapi takpe, aku nak try jugak nanti! heee
aku cerita panjang lebar macam lepaskan gian dah lama tak tulis essay. aku taktau mana aku dapat idea nak tulis karangan 750 patah perkataan ni tapi apa yang aku tau aku tengah bosan skang and kalau bosan macam macam boleh jadi. heee.
tolong jangan gelak sebab masa ni zaman jahiliah lagi. masa ni baru baru masuk poli and putih lagi. cuba kau tengok ghupe aku lepas abis sem. pehh macam ada mix dari sri lanka dah. ohh itu aku pakai tudung bawal. tudung yang biase aku pakai. and yang penting selesa :)
okay aku memang sengaja pilih gambar lama lama and tak senonoh sket. haha. motif utama aku nak tunjuk aku pakai tudung apa je. heee. tu aku pakai shawl. ni la kali terakhir aku pakai shawl masa konsert UNIC kat poli. tu pun bukan selendang aku. tetibe terasa nak pakai selendang kann and yeahh, bila dah lama tak pakai selendang mula la asyik asyik menghadap cermin pink aku tu dok betol betolkan shawl. sampai mmbe aku naik rimas. haha.
last but not least,
tudung ni la yang setia dengan aku skang ni. kalau macam nak cepat takut kena tinggal dengan abah, memang aku sarung je tudung ni. senang, simple and yang penting nice. *muntah* hahaha.
babaiiiii :)
2 comments:
heheh comel jek amalina pakai tudung....
thank you bella :)
Post a Comment