Thursday, March 31, 2011

My Dream Wedges

Assalamualaikum

Dulu kan aku pernah cakap dalam entry before ni yang aku ni anti-high-heels kan. so sekarang ni bila dah besar besar ni ada la jugak keinginan nak ada high-heels kan even 1, 2 pasang je. aku takde la minat high heels yang tingginya 5, 6 inci. kau nak terpeleot ke apa kaki kau? haha! kasut yang paling aku nak sekarang ni adalah wedges :) agak ketinggalan la kan korang nak cakap aku ni? so what? setiap orang lain citarasa. ececehh :P

kasut kasut tinggi yang aku prefer kalau aku nak pakai adalah wedges. wedges kan ringan, pastu carik la yang x berapa tinggi kalau korang rasa kaki korang tu cepat penat. contoh terdekat, akulah :D hehe. x berapa suka la kasut yang tapak halus pastu tinggi nak mam! tu. nak jalan pun susah je aku tengok. 

pic by google



bila beli kasut mesti nak yang comel comel kan? lagi lagi perempuan. memang pantang la tengok benda benda cute ni. aku la contoh paling dekat. haha! macam wedges pink kat atas ni. ni la My Dream Wedges. comel gilerrrr! nak beli kasut pun kena tengok pada warna kulit, so that korang takde la menyesal and segan nak pakai nanti. kalau yang jenis berani mencuba macam macam warna memang takde hal la kan. heee :)

pic by google


flat shoe yang memang aku akan pakai kalau outing. first reason kenapa aku suka pakai flat sebab selesa. paling penting sekali selesa. x kisah la high-heels ke, kalau x selesa x guna jugak. buat apa seksa kaki? haha! lagi satu flat shoe ni tapak dia rata and korang rasa confident gile nak jalan kan. lagi satu sebab kenapa aku pilih flat, sebab bila pakai flat aku rasa macam comel je. HAHAHA sila tampar :P tapi serious. aku rasa kaki aku macam comel je lagi lagi bila flat yang depan dia bulat. contohnya macam flat shoe warna merah kat atas ni. comel kan? hehe


tak sangka panjang jugak aku tulis. niat saje nak update sebab bosan dalm bilik sorang sorang. so sekarang ni nak makan sambil layan movie korea. padehal esok ada presentation, 18 dah final, still movie lagi? pangggg!!!-.- bubyee Assalamualaikum.

2 comments:

ezy.fia said...

teros terpaku tgok wedges kaler pink..
comelnyeeeeeee

Nur Amalina Razali said...

comel kannnnn..ngee gerammm! :D