Sunday, November 28, 2010

mungkin yang terakhir....

Salam semua :)

hari ni sudah 27 November 2010. esok 28 November 2010. esok gak aku tinggalkan kL. xde la tinggalkan Malaysia. tinggalkan kL je pun. but still meninggalkan orang orang yang ditinggalkan. okay dah jangan buat orang pening! memang sedih kot nak tinggalkan rumah,bilik aku syurga aku tu,family,kawan kawan,ehem ehem,jiran jiran( jiran aku best! ) etc. ek eleh cite macam kau nak pegi belajar kat oversea je amalina. melaka je punn. ahaha sorry sorry :P

chill la weyy. i nak pegi belajar ni. sila la bagi semangat kat i. tau la aku ni x penah berenggang dengan family. serious x penah! sampai abang aku penah cakap 'macam mne la kau pegi blaja nanti kan. x dapat aku nak bayangkan' apekah? heyy don't underestimate me okay. haha. nak kata aku ni manja dengan parents,boleh la jugak kot. tapi xde la manje sangat. nak kne pelempang ke hape?haha. aku x penah jauh dengan mak bapak aku. mase skola dulu pun same. setakat kem kem dekat skola tu boleh lah. kalau luar luar kL ni memang sorry ah aku x join. serious! aku cite jujur ni. aku xtau asal aku x boleh jauh dari mak bapak aku. wuwu,ahaha. maybe ade yang kate aku skema duduk bawah ketiak mak. peduli plak aku korang cakap cmtu? i don't care bebehh. haha. and lagi 1 sebab yang munasabah aku rase. sebab aku ni sorang je anak perempuan tunggul tunggal dalam family. maybe la kan. sebab aku ni penyeri dekat rumah ni( tolong bg aku perasan sekejap. ) and aku jugak pembuat mulut mak bising. muahaha :D



saya akan continue study di Politeknik Merlimau,Melaka and amek course Diploma Akauntasi. mcm skema je 'akauntasi'. accounting sudahh. pape korang boleh carik aku kat sne. cehh ttbe je. korang doakan aku eh kat sana. and doakan aku dapat roomate yang boleh jadi sekepala dengan aku. dapat kawan baik baik. amin amin! 1 bilik 2 orang je derr. wuu~  eh ni nak mintak maaf kalau ade buat salah dengan korang. ade tersakitkan hati ke ape ke. lagi lagi dekat fb tu. fB tu memang medan utk sakit hati pun and kene sabo banyak banyak. kadang kadang aku pun sakit hati jugak dengan fb tuh. grr! *emo* and doakan aku supaya otak aku yang dah hampir hampir beku ni boleh cair balik and senang nak ingat ape yang aku belajar nanti. lagi lagi account. mak aihh aku dah x ingat formular account bhai. utk sem1 kawan aku kate lebih kurang mcm form5 saje. just tukar sikit sikit. masalahnye aku x ingat. tajuk tajuk account aku ingat ah. haha. xpe kau mesti boleh amalina. makan raisin slalu. raisin sedap okay! pegi beli jenama SunMaid yang ade gambar perempuan comel dekat kebun tu. eh terpromote raisin pulak. haha. 
*psstt,perlu ke aku bawak formular2 account aku yg tebal nak mam tu? x perlu kot kan. T__T*


eh mmber aku cite orientasi nanti ade yang x sempat nak mandi? what the...!!mmber aku masuk bulan July hari tu. die mmg bertuah sbb orientasi 3 hari je. aku rase aku kne nanti seminggu. confirm confirm aku hitam. pakai sebotol sunblock pun x jalan aku rse. aihh redha redha. dah lame kulit aku ni x kne panas. jangan kau terkejut nnt sudah wahai kulit. sabar ye sayang. *ttbe* bersedialah nak jadi negro amalina -.- 



last but not least, bubyee family tercinta,kawan kawan dekat kL. bubyee jugak dekat orang tersayang. ececehh :') awak semua jaga diri ye. sy sayang awak. kalau rindu sy ke ape ape ke just text me. call lagi bagus. sy sukeeee :P ade ke orang nak rindu aku? fine cmni ahh enn. xde orang pun nak rindu aku. hahah. sorry aku mmg suke emo secara tetibe. and untuk cousins sy, nak jalan ronggeng ronggeng tunggu aku balik. ingat! pegi jalan kalau xde aku sungguh x meriah. cehh. hakikat beb. muahahaha :P and lagi 1 ini entry terakhir before aku pegi kot. sebab aku x bawak lappy so macam susah nak update blog,facebooking semua. anyone yang willing nak jagekan fb sy dpd habuk yang tebal2? heee :P

bubye and assalamualaikum :)



3 comments:

ezy.fia said...

tahniah!
study leklok ye..
=)

Han Hanni said...

slmt belajar amalina...
nnt dah masuk belajar, blh la berenggang ng fmly...
xde nngs2 nya..

hope awk dpt roomates dan kwn2 yg baik2,sekepala..

jgn terlalu pikirkan orentasi week, insyallah semuanya ok..
=)

Anonymous said...

SELAMAT MENJADI ORANG MERLIMAU! :)