Saturday, September 21, 2013

Lahirnya Muhammad Adam Farish


Assalamualaikum.


Semasa menulis entry ini, aku sedang dengar lagu Ukay's - Bila Diri Disayangi. Mood dengar lagu-lagu lamo makin menjadi-jadi pulak lately. Celik mata nak pergi kelas tu masa tengah siap-siap je dah bukak lagu lamo-lamo. Lagu wajib setiap pagi adalah Sejujur Mana Kata-Kata - Spring and satu lagu zaman ini iaitu Sandiwara Cinta. Pernah satu hari aku tengah iron baju sambil menyanyi-nyanyi anak lagu2 ni tetiba roomate tanya 'kau kenapa sedih pagi2 ni amal?' Eh dah kenapa aku okay je kot lek ah dengar lagu sedih tak semestinya tengah sedih huehuehue :P

Sebenarnya aku tak gheti cane nak mula entry ni disebabkan dah lama tak menulis hehe. Tu sebab pendahuluan je dah cite pasal lagu hahaha. Cool down babe cool down. Bagi aku tarik nafas dulu :P okay, last entry aku pun entah berapa bulan yang lepas. Daripada anak buah 6 bulan dalam perut sampai la dah lahir :')


Alhamdulillah pada 26 July 2013 kaklong dah selamat lahirkan baby super comels bernama Muhammad Adam Farish Bin Mohd Almirol. Hamboi kemain panjang nama kau nakk kalah maklang huhu. Masa Adam lahir aku kat Melaka. Bayangkan aku yang cuak gila masa nampak along check in kat facebook cakap dia ada dekat hospital. Terus wechat abah, whatsapp angah dgn along semua nak tanya. Nak lagi cuak pukul 12 lebih gitu aku on facebook along ada upload satu gambar baby. Masa tu rasa macam amagadd dah bersalin? Like seriously? Terus laju-laju watsapp along sebab nak tanya sebab tak puas hati punya pasal sebab taktahu apa-apa cerita. I is sad at that time huhu. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya selamat :') Gambar atas tu masa Adam baru lahir anyonyo omeynye awak :')






Ni gambar baru Adam. Sekarang Adam dah sebulan lebih nak masuk 2 bulan dah. Cepat je masa berlalu. Geram pulak aku tengok budak ni sekarang. Cepat-cepat besar sayang..maklang tak sabar nak shopping dengan nenek atok barang-barang awak hiksss :P Ohh ye tadi jugak lahirnya seorang lagi cicit nenek yang kelima which is anak sepupu kite. Alhamdulillah tambah lagi sorang ahli keluarga. Bila nak ada anak sendiri pulak? huahuahuahua tettt~ :P



Thank You!

Sunday, May 19, 2013

Tak Lama Lagi Nak Dapat Anak Buah


Assalamualaikum.


Memandangkan aku sekarang tengah cuti semester yang baru bermula 2 May lepas (ciss dah lama cuti baru nak update blog kau kan? hehe) memang aku takde kerja sangat kat rumah ni. Eh bukan takde kerja sangat, memang takde kerja langsung haha. Bila kat poli rindu gila kat rumah, bila cuti lama eh rindu pulak suasana belajar. Lumrah manusia memang gitu kan? Bila cuti lama ni baru la ghajin nak usha itu usha ini. Kat poli serious tak sempat beb. Nak on laptop pun kadang-kadang tak sempat (sebenarnya malas hihi). Usha twitter pun kat bb cabuk tu je hehe. Siapa ada twitter? Let's tweet! :D


Haaa bila bercakap pasal anak buah memang aku takde pengalaman sangat la kan nak kendalikan budak-budak ni apetah lagi nak layan kerenah budak-budak. Setakat layan kejap-kejap je boleh tapi kalau lama-lama kite memang takde pengalaman sobss. Tapi kalau suruh aku layan baby 24 jam memang aku sanggup sebab baby wangii gila kalah perfume britney spears hehe..


Pejam celik dah 7 bulan lebih along mendirikan rumah tangga. Sekarang kakak ipar aku mengandung 6 bulan. Apa orang tua-tua cakap bunting pelamin gituuu hehe. Apa perasaan bila dapat tau kakak ipar mengandung? Kau gila ke tak suka. Mestilah aku eksaited sebab tak lama lagi nak jadi auntie (taknak makcik tau demand kau nokk haha) Apa perasaan bila pergi jalan and nampak baju-baju baby? Aku rasa macam nak beli semua baju baby time tu jugak tapi suruh abah bayar hahaha. Pernah masa kat johor ada ternampak blanket untuk baby, kain dia lembut gila kalau tidur confirm lena nak mampos. Terus aku suruh mak beli tapi mak tak layan wuwu. Mak cakap tak elok beli awal-awal sebab baru lagi. Apa taknya masa tu baru 4/5 bulan macam tu haha aku pulak yang eksaited. Baiklah baiklah saya bersabar :')


Sekarang kandungan dah masuk 6 bulan. Kakak ipar ni orangnya kecik-kecik cili padi je. Tinggi lebih kurang aku tapi aku tak sekecik dia la hahaha. 6 bulan  pun nampak macam dah tak larat apetah lagi masuk 7,8 bulan nanti. Agaknya aku mengandung pun macam tu jugak ye nanti hehe :') InshaAllah due date bulan August bape hari lepas raya macam tu la. Doakan la semoga segalanya berjalan lancar! Amin :)



Hamboii awal-awal dah tunjuk tapak kaki kat auntie (gituu) ye hehe. Kak eza memang rajin whatsapp aku gambar baby lepas dia balik check up. Lepas dapat gambar aku pulak terkinja-kinja tunjuk kat mak huahuahua :P




Monday, May 6, 2013

I'm Back!




At last....
I'm back! I miss you so badly my dear blog. Will you wait for my next entry? :')